Beberapa hari lepas CIMB telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu CIMB Kwik akaun. Kwik akaun adalah perkhidmatan akaun bank yang senang dibuka dan digunakan atas talian.

Perkhidmatan ini tidak memerlukan dokumen, tiada deposit awal dan aktif serta merta dalam masa 5 minit sahaja. Kesemua proses pendaftaran hanya dibuat atas talian dan pengguna tidak perlu hadir di mana-mana cawangan bank. Ianya sungguh mudah. Antara lain kelebihan akaun ini adalah:-

1.Pengguna boleh menambah wang ke Kwik Account melalui CIMB Bank samada secara atas talian CimbClicks atau di mana-mana mesin deposit wang CIMB.

2.Penerimaan wang serta merta

3.Pengguna dapat menghantar wang kepada alamat emel atau nombor telefon. Dengan cara ini pengguna tidak perlu lagi bersusah payah mengingati nombor akaun.

4.Wang boleh dikeluarkan melalui mesin ATM seperti biasa jika pengguna memilih pilihan memiliki kad fizikal dengan bayaran RM10.

5.Menggunakan kad fizikal diatas di mana-mana terminal Mastercard seluruh dunia.

6.Membayar bil dan menambah nilai kad pra-bayar.

kwik-card-650x340

Selain dari itu CIMB juga membangunkan applikasi khas untuk akaun ini untuk peranti Apple dan Android.

Untuk mendaftar sila layari CIMBCLICKS.COM.MY untuk permohonan. Pendaftaran sangat mudah dan saya yakin semuanya akan selesai kurang 5 minit. Dan yang menariknya akaun tersebut boleh terus digunakan sejurus permohonan berjaya. Selamat mencuba!!